Surat Terbuka Buat Muhyiddin Yassin.

SURAT TERBUKA BUAT MUHYIDDIN YASSIN.

Kelab Sultan Sulaiman
Kuala Lumpur
7 Disember 2015

Surat Terbuka Untuk Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin

Saya Yusman Zahari Zakaria, No Ahli Umno 03544769, nombor Kad Pengenalan 7307261****7 memohon agar Tan Sri meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Umno berkuatkuasa serta merta.

Saya antara yang hadir semasa Tan Sri berucap di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru malam semalam. Sungguh saya tidak menyangka Tan Sri telah berjaya memecahbelahkan sokongan akar umbi yang selama ini memberi kepercayaan terhadap Tan Sri selaku Timbalan Presiden Umno.

Tidak cukupkah selama ini Tan Sri menyerang Presiden Umno tanpa belas ihsan dan tanpa di serang balik oleh Dato Sri Najib atas apa juga dakwaan Tan Sri. Lupakah Tan Sri akan aku janji Tan Sri untuk mempertahankan Institusi Umno dari runtuh.

Dengan siri siri serangan Tan Sri dalam jelajah ceramah, isu 1MDB telah Tan Sri jaja dan persoalkan di luar parti. Bukankah Tan Sri juga terlibat semasa meluluskan pelaburan pada tahun 2010,2011 dan Tan Sri menafikan dalam ceramah di KSS dengan menafikan pengetahuan tentang pelaburan itu.

Selama Tan Sri menjadi Menteri dalam kabinet tidakkah menjadi satu persoalan bila menafikan penglibatan Tan Sri dalam sebarang keputusan Kabinet. Setiap hari RABU kabinet akan bersidang dan Tan Sri sebagai orang nombor 2 dalam kerajaan pastinya ada semasa perbincangan di lakukan.

Serangan Tan Sri di saat akhir sebelum PAU2015 ini saya lihat sebagai tidak bermaruah kerana melibatkan MARUAH UMNO yang Tan Sri burukkan di depan hadirin yang bukan semuanya ahli UMNO dan bukan semuanya penyokong kerajaan. Tahukah Tan Sri berapa ramai kalangan ahli parti pembangkang mengejek UMNo di luar dewan???

Saya berada di luar dewan dan setiap kali Tan Sri memburukkan Umno, sorakan mereka kuat tapi dlam nada mengutuk Umno itu sendiri.Tahukah Tan Sri betapa sakitnya hati saya selaku ahli Umno bila Umno di ejek ejek oleh pembangkang.

Walau khidmat saya tidak selama Tan Sri di dalam Umno, namun saya melakukan apa yang terbaik untuk memastikan kejayaan Umno di kawasan DUN saya setiap kali PRU. Saya tidak rela Umno di pijak MARUAHnya oleh pembangkang tetapimalam ini Tan Sri sendiri memijaknya di hadapan rakyat.

Nanah dan Barah yang Tan Sri maksudkan itu adalah DIRI tan Sri sendiri dan bukan orang lain.
BERUNDURLAH TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN.

Timbulkan Keraguan Ekonomi, Selama Ini Muhyiddin Tidur?

Serangan yang di lakukan oleh bekas Menteri Pelajaran di Kelab Sultan Sulaiman ke atas Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak amat memalukan selaku Timbalan Presiden Umno. Tan Sri Muhyiddin mendakwa berlaku ketirisan dalam setiap belanjawan yang di bentang oleh Njaib sepanjang menjadi Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Dengan kehadiran yang jauh dari jangkaan, Muhyiddin melontarkan perkiraan Bajet yang di dakwanya hanya menambah beban negara. Ternyata bekas TPM itu hanya mengulang apa yang di lontarkan oleh pembangkang dalam menyerang kerajaan.

Walau cuba meraih simpati hadirin dengan menggunakan hadis, kebobrokan Muhyiddin tidak dapat di sorok lagi. Beliau merupakan sebahagian dari Ahli Parlimen yang telah sebulat suara meluluskan setiap belanjawan yang di bentang saban tahun. Bagaimana beliau selaku Timbalan Perdana Menteri tidak menetang Bajet tatkala…………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/pandangan/

700 Sahaja Taraf Muhyiddin?

Malam tadi, perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman yang dihadiri oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menepati jumlah kehadiran seperti di jangkakan. Perhimpunan yang di anjurkan oleh Ketua Pemuda Cawangan Kg Sg Rasau bersama Ketua Penerangan Pemuda Pagoh itu hanya berjaya mengumpul sekitar 700 orang sahaja.

Muhyiddin dan isteri hadir bersama Tun Mahathir dan Shapie Apdal kelihatan gelisah di atas pentas kerana kehadiran hadirin tidak menggambarkan beliau mempunyai sokongan kuat dari akar umbi Umno. Menteri Besar Kedah yang di jadualkan hadir bagaimanapun tidak kelihatan dan ini isyarat jelas hala tuju politik Muhyiddin tidak di senangi oleh Mukhriz sendiri.

Berdasarkan temubual yang telah di buat mereka yang hadir menyatakan kehadiran mereka ke Kelab Sultan Sulaiman hanya mahu mendengar ‘sang penglipurlara’ bercerita dan menantikan bentuk serangan terakhir sebelum Persidangan Agung Umno 2015 bermula. Bagaimana pun bila di soal tentang keahlian Parti kebanyakan hadirin berkata mereka bukan ahli Umno dan mengaku sebenarnya mereka adalah dari parti pembangkang.

Muhyiddin ternyata menyerang isu 1MDB dan isu 2.6b dalam ceramahnya selama hampir satu jam. Secara terbuka Timbalan Presiden Umno itu melontar soalan soalan berbentuk provokasi yang sama seperti di gunakan oleh Anwar Ibrahim selepas di pecat dari Um………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/pandangan/