Muhyiddin Kantoi Menipu Tidak Dapat Maklumat 1MDB.

Muhyiddin Yassin sepatutnya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menegaskan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu dan anggota Kabinet juga telah diberi taklimat berkaitan 1MDB sebelum ini.

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, beliau berhak memanggil pengurusan 1MDB untuk mendapatkan penjelasan tambahan,” kata Najib dalam satu wawancara dengan stesen televisyen TV3 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Perhimpunan Agung UMNO ke-69 akan bermula Selasa hingga Sabtu ini.

Temu bual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd, Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd, Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temu bual itu turut dimuat naik di laman web http://www.newsplus.my/live-tv.

Najib berkata Muhyiddin juga telah berbincang dan mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri.

“Tiada alasan sebenarnya untuk tidak dapatkan maklumat. Isu berkaitan 1MDB boleh diketahui segala-galanya,” kata Presiden UMNO itu ketika ditanya adakah Muhyiddin tidak mendapat maklumat penuh berkaitan 1MDB.

Muhyiddin digugurkan dalam rombakan Kabinet, Ju…………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

Malam Perpisahan Muhyiddin?

Malam ini tentunya tumpuan sebahagian ahli UMNO tertumpu kepada apa yang berlaku di Kelab Sultan Sulaiman yang menyaksikan deretan kereta mewah yang membawa beberapa orang pemimpin ‘marhain’ untuk majlis khusus menghentam kepimpinan parti yang akan mula bersidang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang dijadualkan bermula pada 8 Disember ini.

Dengan skrip yang sama seperti siri ucapan sebelumnya dilihat hanya gah menarik ahli pembangkang memenuhi dewan dan sekitarnya sahaja.

Entah apa yang difikirkan oleh kelompok kecewa ini apabila mahu juga mengadakan satu himpunan kononnya untuk menunjukkan kekuatan sokongan tetapi malangnya ia berlaku sebaliknya.

Ketika kebanyakan ahli UMNO galak membicarakan tentang kepentingan mempertahankan ‘Tradisi’ dalam UMNO sejak sekian lama, mereka seperti sengaja alpa tentang tradisi yang yang paling utama perlu dipertahankan iaitu ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin dan dalam konteks ini, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO yang sah.

Memang benar Datuk Seri Najib Tun Razak berdiri sebagai individu tetapi fakta yang tidak boleh dipinggirkan ialah beliau bertindak sebagai nahkoda dan presiden parti, beliau sebahagian daripada organisasi dan paling penting beliau telah……………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/pandangan/

Berdaya Saing Untuk Diwarisi Generasi Akan Datang

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan, yang diterajui UMNO dan Barisan Nasional (BN), sentiasa mengambil pendekatan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing tinggi untuk diwarisi generasi akan datang.

Perdana Menteri berkata penyertaan Malaysia dalam Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) misalnya, adalah bagi menjadikan negara lebih berdaya saing dengan negara ASEAN dan negara-negara maju.

“Sebab itu kita tidak boleh takut dan tak harus takut kalau kita dalam AFTA, tak kanlah kita tidak boleh bersaing dalam konteks ASEAN.

“Kalau kita dalam TPPA, kalau Vietnam berani masuk, tak kan kita tidak berani, tak kan Malaysia takut…kita berani bersaing dengan mana-mana negara pun,” katanya ketika berucap menutup Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (Pemanas 3.0) di sini, malam Ahad.

Najib menegaskan penyertaan Malaysia dalam mana-mana perjanjian antarabangsa adalah berdasarkan terma yang memihak kepada negara dan rakyat.

“Saya beritahu Presiden (Amerika Syarikat) Barrack Obama, ya kami mahu TPPA tetapi dengan terma kita sendiri dan akhirnya kita dapat perjanjian yang amat baik…saya akan beri penerangan lebih lanjut mengenai perkara ini pada Perhimpunan Agung UMNO yang………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/

Muhyiddin Totok?

Memerhati situasi pergolakan Umno hari ini sebenarnya mengimbau perjalanan yang di lalui oleh Tun Musa Hitam semasa tahun 1981-1986 semasa menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri di bawah Tun Mahathir, namun berbeza dengan senario kini dalam pergolakan isu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walau pernah di pecat dari jawatan Timbalan menteri pada tahun 1969 dan kemudiannya Umno pada tahun yang sama, jiwa beliau masih lagi tebal dengan perjuangan Umno. Kembali ke dalam Umno di era Perdana Menteri Tun Abdul Razak, Musa Hitam mengorak langkah dengan bergaya hingga menjadi Timbalan Perdana Menteri ke 5.

Beliau dikenali dengan sikap ‘Gentleman’ bila berhadapan dengan konflik pentadbiran Mahathir, mengambil langkah drastik untuk melepaskan jawatan tertinggi yang di sandangnya pada tahun 1986. Perseteruan 2M sampai ke kemuncaknya bila Musa Hitam memutuskan untuk menetang Mahathir dan beliau bergabung dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang bertanding merebut kerusi Presiden Umno.

Kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno kemudian di cabar oleh Tun Ghaffar Baba pada tahun 1987 dan Musa Hitam kalah dalam pertandingan itu menyebabkannya hilang dari radar politik negara.

Inilah cara perjuangan sebenar insan ber’jiwa’ Umno yang tahu bila mahu melepaskan kuasa ketika sudah tidak lagi sependapat dengan ketua. Tiada provokasi atau tunjuk perasaan yang beliau atau ‘orang-orang’ Musa yang menganjurkan apa apa program untuk memburukkan suasana selepas tidak lagi berkuasa.

Walau pada masa itu beliau tidak sependapat dengan Mahathir………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/