Unsur Penipuan Jualan Murah

Jualan murah, harga runtuh mahupun potongan harga sehingga 80 peratus yang ditawarkan di pasaraya atau pusat beli-belah, sering mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna. Masyarakat akan berpusu-pusu memenuhi pasaraya dan pusat membeli belah untuk mendapatkan barangan pada harga murah.

Persoalannya, adakah harga yang ditawarkan itu benar-benar murah atau sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

Peningkatan kes penipuan yang di kesan ketika musim jualan murah menunjukkan adanya peniaga mengambil kesempatan setiap kali tiba kempen anjuran kerajaan itu.

Buktinya sepanjang tahun lepas sebanyak 265 kesalahan jualan murah di kesan dalam ops bongkar yang di jalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepengunaan (KPDNKK) dengan nilai rampasan sebanyak 519,198 ringgit serta kompoun bernilai 53,050 ringgit.

Lebih memeranjatkan sebuah gedung pakaian mewah di Alor Star di kenakan kompoun 1000 ringgit gara-gara menawarkan harga palsu, Gedung berkenaan dikesan menaikkan harga pakaian yang di tawarkan sebelum membuat potongan diskaun yang mencecah sahingga 90%.

Taktik kononnya penguna membeli dengan potongan harga yang sangat menarik sedangkan sebenarnya pembeli membayar pada harga asal produk, Sebenarnya kerap kali di gunakan peniaga pada setiap kali kempen jualan murah berlansung bagi mengaut keuntungan segera.

Mereka sangat licik sahingga penguna tidak menyerai penipuan……..

Baca seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Sabah : Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya Tahun Depan.

PORT DICKSON: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sabah awal tahun depan.

Menyatakan demikian, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini akan diikuti dengan persempadanan semula di negeri-negeri di Semenanjung.

Persempadanan semula di Sarawak telah selesai. Berikutan itu, Dewan Rakyat pada 2 Disember lalu meluluskan usul Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri bagi negeri itu yang menyaksikan pertambahan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketika ini, Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN. “Kita belajar banyak daripada pengalaman membuat persempadanan semula Sarawak dan kita akan menggunakan pengalaman itu untuk Sabah dan Semenanjung.

“Sasaran kita adalah menggunakan persempadanan semula ini pada pilihan raya umum akan datang,” katanya. Abdul Aziz bercakap pada sidang media selepas program Singgah Mesra SPR di perkampungan Orang Asli Bukit Kepong, Pasir Panjang dekat sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh. Abdul Aziz berkata, persempadanan semula itu adalah satu proses yang rumit kerana terdapat banyak ‘gangguan’ oleh pihak-pihak tertentu hingga SPR dibawa ke mahkamah………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/

Ketepikan Perbezaan, Pastikan Pau2015 Lancar.

KUALA LUMPUR: Semua ahli UMNO perlu mengetepikan perbezaan pendapat bagi memastikan kelancaran Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang akan bermula Rabu ini.

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin, berkata mereka perlu memberi keutamaan kepada perjuangan parti untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, serta memastikan UMNO terus dihormati dan disanjungi.

Beliau yakin Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah kerana anggota UMNO berfikiran matang.

“Ahli-ahli UMNO sayang kepada parti. Jadi sebagai anggota parti yang beragama Islam dan orang Melayu, kita banyak berunding daripada berbalah, ..kita mencari jalan terbaik untuk selesaikan sekiranya ada perbezaan,” katanya kepada pemberita di sini. Badruddin, yang juga Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berkata demikian selepas menjadi anggota panel “Simposium Agropreneur Muda: Prospek dan Cabaran” di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Badruddin berkata, anggota UMNO tidak sepatutnya menggunakan perhimpunan agung parti itu sebagai tempat untuk berbalah. “Tegur-menegur perkara biasa tetapi sebagai orang Islam, ia mesti dilakukan secara berhemah, dan mesti hormat menghormati antara satu sama lain, terutama kepada yang tua dan hormat kepada kepimpinan,” katanya apabila ditanya kemungkinan situasi luar jangka akan berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

Badruddin juga turut mengingatkan ahli UMNO bahawa perbuatan mengutuk pemimpin tertinggi parti yang dipilih sendiri oleh peringkat akar umbi adalah satu tindakan yang tidak betul.

Menyentuh mengenai perbezaan perhimpunan kali ini berbanding sebelum ini, Badruddin berkata, ketiadaan ucapan perasmian Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin……….

Baca Seterusnya Klik : /http://www.bicara.news/category/politik/

SPRM Tidak Berat Sebelah Siasat Rm2.6b.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan siasatan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion tidak akan berat sebelah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan Dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah, berkata jaminan itu berdasarkan siasatan terhadap Perdana Menteri dijalankan secara telus dan profesional.

Ia sekali gus menafikan dakwaan setengah pihak yang mengatakan tindakan SPRM merakam percakapan Najib tidak akan memberi sebarang hasil memandangkan Perdana Menteri adalah ‘ketua’ mereka.

“SPRM menjalankan siasatan secara profesional. Soalan yang diajukan kepada Najib adalah berdasarkan fakta dan maklumat yang diperoleh hasil siasatan awal terhadap SRC…………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/

Buat Ucapan Sendiri, Muhyiddin Gelabah?

Persidangan Agung Umno (PAU2015) akan berlangsung pada 8 Disember 2015 hingga 12 Disember 2015. Menepati Tradisi Umno, Persidangan ini akan di rasmikan oleh Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden Umno.

Namun demikian ada desas desus mengatakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memulakan ‘Perhimpunan Agung’ pada 7 Disember 2015, sehari lebih awal dari jadual yang di tetapkan. Kelab Sultan Sulaiman di pilih menjadi lokasi ‘perasmian’ majlis tesebut. Beliau di khabarkan akan menyampaikan ucapan ‘Amanat Timbalan Presiden’ kerana mendakwa di halang dari berucap semasa PAU2015.

Majlis Tertinggi Umno akan memaklumkan pada 9 Disember ini samada beliau di benarkan berucap pada PAU2015. Muhyiddin pula seperti tidak sabar menanti keputusan MT dan mula mengambil langkah songsang dan menetang arus. Apa sebenarnya yang ahli Parlimen Pagoh ini sembunyikan dan menganggap penting untuk beliau berucap dalam PAU2015 hingga sanggup meletakkan UKHWAH sebagai nombor 3 dalam mencari kesepakatan Parti.

Selaku orang nombor 2 dalam parti tindakan beliau ini memberi gambaran bahawa jalan politiknya sudah tamat akibat perbuatan sendiri.

Memilih untuk berucap dan mengkritik secara terbuka tanpa bukti atas setiap dakwaannya di luar dari parti memberi impak buruk terhadap karier serta parti sendiri.

Dalam perasmian Mesyuarat Agung Bahagian Kemaman, Muhyiddin secara…..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/pandangan/