Eric Choo Pemuda Harapan MCA Pahang.

Belia Malaysia Anak Pertiwi
 Hayati Perbezaan Nikmati Persamaan
  Berganding Bahu  Negara Sama Kita Pertahankan
  Aman Damai Sejahtera Kemakmuran Sama kita Impikan
Bait bait ini di ucapkan oleh seorang Ketua Pemuda MCA Maran Saudara Eric Choo, dalam Program Jejak Bahasa Semarak Budaya sempena Bulan Cinta Bahasa anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka pada November lepas.
Kebolehan Eric menguasai Bahasa Melayu sememangnya di alu alukan dalam menyahut seruan untuk melestarikan Bahasa Melayu di kalangan kaum bukan Melayu. Apatah lagi kedudukan Eric sebagai Setiausaha Organisasi Pemuda MCA Pahang,Penolong Pemuda MCA Kebangsaan serta Naib Pengerusi MCA Bahagian Maran.
Kemampuan mengusai Bahasa Kebangsaan sudah tentu menjadi satu kelebihan buat beliau dalam bergaul dengan semua lapisan masyarakat bukan sahaja dalam Pahang tapi seluruh Negara.
Dalam Program yang di adakan di Kompleks Belia Dan Sukan Kuala Lumpur itu,  Eric telah berjaya menyampaikan ucapan dengan begitu baik dengan lengok bahasa Melayu dengan gaya tersendiri.

Belia Bangsa Anak Pertiwi
Bersama Selangkah Bernafas Besaudara
Bumi Sama Di Pijak Wawasan Sama Kita Pikulkan
Yakin Hormat Jujur Nilai Murni Sama Kita Maktubkan.

Belia Malaysia Anak Pertiwi
Berat Sama Di Pikul Ringan Sama Di Jinjing
Puisi Sama Di Junjung Cabaran Sama Kita Hadapi
Sehati Sejiwa Sepasukan Satu Bnagsa Sama Kita Martabatkan

Dalam menuju Slogan 1Malaysia, Eric berjaya membuktikan bahawa beliau selaku wakil parti komponen dalam Barisan Nasional menyahut seruan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam memperkasakan budaya Malaysia di dalam jiwa Pemuda MCA Pahang.

Perjalanan beliau dalam politik mungkin jauh lagi tapi tidak mustahil untuk muncul sebagai seorang wakil MCA yang di terima semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Syabas Eric Choo

RUU MKN 2015 – PM Tiada Kuasa Penuh.

HUTAN MELINTANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara tidak mempunyai tujuan politik atau untuk memberi kuasa mutlak kepada perdana menteri.

Sebaliknya, beliau berkata rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Dis itu bertujuan memperkukuhkan penguatkuasaan dari segi menjaga keselamatan rakyat negara ini secara keseluruhannya.

“Ketidakpuasan hati beberapa individu dan NGO (berhubung perkara ini) harus dilihat namun pihak berkenaan harus juga membaca apa yang tersirat daripada akta itu di mana kuasa tidak diberikan sepenuhnya kepada perdana menteri, timb….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/

PAU2015 Di Jangka Lancar.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Tengku Adnan berkata keyakinannya itu berlandaskan kepada kematangan para perwakilan dan anggota UMNO dalam menghadiri perhimpunan itu yang dijadual berlangsung dari 8 hingga 12 Disember ini.

“Saya berkeyakinan perhimpunan agung kali ini akan berjalan dengan baik walaupun terdapat desas-desus akan timbul masalah di perhimpunan agung ini.

“Ini kerana UMNO adalah parti yang matang, perwakilan matang, pemerhati matang, ahli-ahli juga matang, tidak akan timbul sebarang masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama mahasiswa bersempena Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 3.0 2015 di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata persiapan setakat ini…….

Baca seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/

Penjawat Awam,Pesara Nikmati Imbuhan Seawal Minggu Pertama 2016.

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan mengarahkan semua kementerian supaya membuat pembayaran bagi pemberian khas sebanyak RM500 kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam pada minggu pertama tahun depan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata pembayaran pada minggu tersebut diharap dapat membantu ibu bapa menyediakan barangan dan bayaran persekolahan anak-anak.

Pada masa yang sama, 700,000 pesara kerajaan juga akan menerima bayaran khas RM250.

“Saya dapati kementerian-kementerian masih lagi boleh berbelanja. Jadi, saya telah maklumkan kepada mereka supaya menyiapkan bayaran gaji tahun ini dan bayaran khas seperti yang diumumkan dalam Bajet 2016,” katanya kepada media di program #MyUberPitch di sini Jumaat.

Ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ di Dewan Rakyat pada 23 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedua-dua bayaran tersebut berjumlah hampir RM1 bilion akan dibuat pada Januari 2016.
Baca: Pemberian Khas RM500 Kepada 1.6 Juta Penjawat Awam

Terdahulu, Mohd. Irwan berkata kedudukan kewangan negara masih kukuh meskipun hutang Kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015, berjumlah RM623.3 bilion kerana tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau berkata setiap tahun kerajaan membuat pinjaman sebanyak RM35 bilion bagi tujuan pembangunan seperti membina sekolah, hospital………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/

Kenapa Mahathir Beri Laluan Musa Hitam Berucap

Sekurang-kurangnya Najib Tidak Membunuh Parti

Salleh Said Keruak:

Tun Musa Hitam menyatakan pada lewat 1980-an, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menghalang atau menutup mulut beliau dan membenarkan beliau untuk bercakap, walaupun pada Perhimpunan Agung Umno.

Ternyata Musa cuba mencipta persepsi kononnya Dr Mahathir adalah lebih demokratik kepimpinannya berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakikatnya ia adalah pandangan yang menyalahtafsir peristiwa. Sebenarnya bukan Tun Dr Mahathir tidak mahu menutup mulut Tun Musa tetapi ia adalah menjadi kebimbangan besar Dr Mahathir untuk mendiamkan beliau kerana pada ketika itu Tun Musa dan Pasukannya B mendapat sokongan 50% daripada Umno dan jika dilihat Tun Dr Mahathir cuba untuk menut……

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/