Negara Kongsi Gelap Menjadi Harapan Pembangkang.

Pakatan Harapan gusar dengan Pembentangan Rang Undang Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (MKN) yang di bentang untuk di luluskan dalam Parlimen hari ini. Gesaan dari Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang) yang meminta penangguhan kelulusan seperti tidak logik dengan alasan sibuk dengan pembentangan Bajet serta tidak sempat membahaskan kandungan Rang Undang Undang MKN 2015 secara terperinci.

Peningkatan jenayah samada terancang mahupun tidak pastinya akan menjadi agenda pembangkang apabila sesuatu yang buruk terjadi. Semua kesalahan pasti akan mereka menyalahkan kerajaan kerana tidak peka dan tegas dalam melaksanakan undang undang. Ini adalah perkara biasa buat pembangkang yang mencari ‘political mileage’ dalam mencari simpati rakyat dan membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

Pertemuan Nurul Izzah bersama Jacel Kiram lll tempohari cukup memberi gambaran negatif terhadap isu keselamatan negara selepas insiden Tanduo yang meragut 12 nyawa Perwira Negara. Ini juga menjadi penyebab mengapa Rang Undang Undang MKN 2015 perlu di luluskan dengan kadar segera dalam Parlimen dan di wartakan sebagai langkah pencegahan untuk sebarang aktiviti yang boleh mengancam ketenteraman awam.

Menjadi persoalan mengapa pihak Pakatan Harapan menentang perlaksanaan yang mampu mencegah keburukan untuk Malaysia dari terjadi, melainkan (PH) memang ada perancangan lain untuk menimbulkan kegelisahan kepada orang awam. Hanipa juga menyifatkan negara akan menjadi negara ‘Polis’ seandainya………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/pandangan/

PAS Ibarat Telur Busuk?

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa akur untuk tidak lagi mengkritik parti selepas dipanggil dalam mesyuarat Dewan Harian Pas Pusat.

Setiusaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata dalam pertemuan itu, Pas pusat menyatakan tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Husam sebaliknya bertujuan untuk mendengar penjelasan Husam.

“Husam ada beri penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan dan Husam juga ada kemukakan beberapa dokumen, namun kita tidak membuat sebarang keputusan (tindakan) dan akan menelitinya.

“Jika ada keperluan kita akan panggil Husam semula, secara kesimpulan Husam juga bersetuju tidak akan mengbangkitkan secara terbuka lagi (mengkritik Pas) dalam program-program yang dihadirinya” kata Takiyuddin Hassan.

Pas dilihat seolah-olah takut untuk mengambil tindakan terhadap Husam yang sudah jelas lantang mengkritik pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dan presiden parti.

Adakah Husam terlalu kebal untuk diambil tindakan atau ada tangan-tangan ghaib di dalam Pas yang cuba melindungi Husam.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan Datuk……..

Baca seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Kes Morais, Tiada Isu Lewat Siasatan-KDN

Tidak timbul soal kelewatan dalam proses penyiasatan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menjawab soalan Chua Tian Chang @ Tian Chua (PKR-Batu) melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini, KDN berkata polis menjalankan siasatan sebaik sahaja laporan polis tentang kehilangan Morais dibuat.

“Pihak polis telah melihat semua aspek dalam siasatan yang dijalankan termasuk meneliti semua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di laluan yang sering digunakan mangsa.

“Dalam siasatan yang dilakukan, tiada sebarang kelengahan dari segi siasatan sehingga kes berkenaan berjaya diselesaikan,” kata kementerian itu.

Chua ingin mengetahui adakah benar dalam penyiasatan pembunuhan Morais, rakaman CCTV hanya disiasat selepas empat hari, dan adakah benar polis tidak menerima memo mengenai kes itu sehingga selepas 48 jam.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 September lepas.

Morais dilaporkan hilang pada 4 September, dan………….

Baca Sterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/

Pembangkang Melompat Isu Dana Politik.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam sistem demokrasi, amalan menerima dana politik dibenarkan kepada parti-parti politik.

Timbalan perdana menteri berkata derma politik bukan perkara baharu dalam sistem demokrasi.

Malaysia ketika ini sememangnya masih tidak mempunyai undang-undang khusus bahawa derma atau pembiayaan politik perlu diisytiharkan dan tidak mengharamkan derma untuk kegunaan politik, katanya ketika memberi penerangan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau memberi penerangan di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) berkaitan isu dana politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri.

“Malah realitinya di kebanyakan negara maju juga derma politik diberi secara umum. Janganlah mana-mana pihak menuding jari dan berpura-pura tidak memerlukan dana politik kerana dalam sistem demokrasi derma politik bukan perkara baharu,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

Menyentuh mengenai ketiadaan undang-undang khusus tersebut ketika ini, Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menyatakan kesediaannya supaya pembiayaan politik dikawal selia sejak tahun 2009 lagi.

“Pada 2010, Program Transformasi Kerajaan (GTP) menyarankan cadangan kawal selia terhadap pembiayaan dana politik. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya oleh Transparency International (TI) Malaysia pada tahun 2013.

“Namun, saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengawal selia derma atau pembiayaan dana politik tidak jadi kenyataan kerana cadangan ini ditolak oleh parti pembangkang dan sehingga kini tidak ada undang-undang khusus dalam negara untuk menguruskan pemberian pembiayaan dana politik,” katanya.

Memandangkan isu derma ini telah mendapat perhatian umum dengan pelbagai reaksi, Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri pada tahun ini sekali lagi mengetengahkan semula cadangan asal untuk mengawal selia pemberian dana politik dengan mnenubuhkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang akan mengambil kira pandangan semua pihak berkaitan.

Beliau berkata pada 4 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan bahawa jumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri itu bukan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahmad Zahid berkata kerajaan telah dinasihatkan oleh Peguam Negara bahawa apa-apa kenyataan tidak wajar diberikan berhubung dengan perkara yang dibangkitkan memandangkan perkara tersebut masih dalam siasatan oleh agensi yang berkaitan.

“Namun begitu, saya rasa perlu dimaklumkan bahawa SPRM telah pun mengenal pasti penderma dana politik RM2.6 bil………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/

Gantung The Edge : KDN Pertahan Keputusan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpegang kepada pendirian bahawa tindakannya menggantung permit akhbar The Edge selama tiga bulan adalah kerana penerbitan itu boleh memudaratkan negara.

Kementerian itu menjelaskan permit akhbar berkenaan digantung kerana hasil penyiarannya mengandungi penerbitan yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan ketenteraman atau kepentingan awam, kepentingan negara serta keselamatan.

“Bagaimanapun, kes ini sedang berjalan dan masih dalam tindakan Mahkamah Rayuan,” kata kementerian melalui jawapan bertulis kepada soalan Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Zainudin ingin mengetahui tindakan yang telah dan akan diambil kerajaan ke atas akhbar dan penerbit Sarawak Report, The Edge dan Wall Street Journal (WSJ) kerana dikatakan menyiar berita yang tidak benar, berniat jahat dan menggunakan……….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/