PASMA DESAK AZMIN BUANG PAS DARI SELANGOR.

GEORGETOWN – Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) menggesa kerajaan negeri Selangor supaya mengikut jejak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang tegas menyisihkan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas parti itu enggan menganggotai Pakatan Harapan.

Presiden Pasma Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sepatutnya tegas dengan pendirian dan resolusi yang telah dipersetujui antara parti komponen Pakatan Harapan.

“Beliau (Mohamed Azmin) perlu buat keputusan sama seperti di Pulau Pinang iaitu tidak perlu kekalkan PAS dalam kerajaan negeri yang diterajuinya itu.

“Mungkin Mohamed Azmin masih kekalkan PAS dalam pentadbirannya kerana beliau mahu memujuk parti Islam itu menganggotai Pakatan Harapan, tetapi saya percaya mereka (PAS) tidak akan bersetuju,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/

Tunggul :Muhyiddin Jadi Tukang Kayu?

Amat mengejutkan apabila petang ini tanpa segan silu Muhyiddin telah muncul bersama untuk memberikan sokongan moral kepada puak penentang presiden parti yang dipanggil menghadap Lembaga Disiplin UMNO di PWTC dan sempat memberikan ucapan ringkas kepada mereka yang hadir sebelum beredar dari lokasi.

Ketika mengulas pertanyaan pemberita Muhyiddin menyatakan beliau akan menjadi ‘Tunggul Kayu’ pada sesi perhimpunan agung parti yang dijadualkan akan berlangsung minggu depan.

Apakah penyakit ‘Melayu Mudah Lupa’ sudah menjangkiti segenap urat saraf Muhyiddin kini apabila lebih banyak beraksi sebagai tokoh ‘import’ pembangkang berbanding peranan sebagai timbalan presiden parti?

Lupakah beliau ketika menyatakan bahawa beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai 1MDB dan hanya mengetahui melalui pembacaan sendiri majalah dan portal tertentu?

Apakah kebodohan sandiwara yang cuba disajikan kepada umum bila mengatakan diri sebagai ‘Tunggul Kayu’ sedangkan sekian lama duduk di atas kerusi Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri?

Ketaksuban beliau jelas bila seringkali memetik sumber yang sama dengan fitnah yang sentiasa diulas Mahathir serta tanpa rasa malu terus memutar belit setiap kenyataan yang diperjelaskan oleh pihak pengurusan 1MDB. Muhyiddin pada waktu yang sama cuba mengangkat diri sebagai wira parti dan rakyat sedangkan dengan kenyataan benar beliau seperti ‘Tunggul Kayu’ sudah jelas membuktikan bahawa beliau sebenarnya tidak menjalankan amanah serta peranan wajib sebagai seorang timbalan kepada presidennya apabila mengeluarkan kenyataan beliau ‘Zero’

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/

LRT,ERL : Masyarakat Keliru?

Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) milik Prasarana Bhd mampu menampung sehingga lebih 78 juta pengguna setahun atau 6.5 juta pengguna sebulan bersamaan 217,000 orang sehari.

Ini menjadikan sistem tersebut menjadi pilihan kepada warga kota untuk menuju destinasi dengan cepat dan selamat tanpa melalui kesesakan jalanraya.

LRT berbeza dengan ERL di mana LRT menawarkan khidmat laluan utama dari pinggir bandar ke Ibukota. Manakala ERL pula menawarkan perjalanan ke KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dari KL Sentral.

Ada kekeliruan oleh pengguna yang menyamakan LRT dengan ERL yang menyebabkan salah faham mengenai laluan, kenaikan harga tambang serta syarikat yang menguruskannya.

ERL (Express Rail Link Sdn Bhd) milik sepenuhnya Express Rail Sdn Bhd, mengumumkan kenaikan kadar tambang mulai 1 Januari 2016 sebanyak Rm 20 dari Rm 35 menjadi Rm 55 untuk perjalanan sehala KL Sentral – KLIA. Perjalanan selesa dan tidak memakan masa yang lama untuk tiba mengikut jadual penerbangan di KLIA menjadi antara sebab utama perkhidmatan itu di pilih pengguna setia ERL.

Pemilikan saham Syarikat terbabit dalam ERL Sdn Bhd

  • 50% YTL Corporation
  • 40% Lembaga Tabung Haji
  • 10% Trisilco Equity

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/

Muhyiddin Cari Ehsan Penyokong.

Hari ini, portal pro pembangkang Malaysiakini sekali lagi dengan bangga memetik sumber yang dikatakan sedang viral dari grup ‘Whatsapp’ yang menyatakan Timbalan Presiden UMNO Tan Seri Muhyiddin Yassin akan bersama menyertai gerakan penyokong sembilan orang ketua cawangan yang dijangka akan dipanggil menghadap Lembaga Disiplin UMNO petang ini.

Malaysiakini yang dikatakan dibiayai operasinya oleh sebuah NGO Yahudi juga memberitahu bahawa Dato Hamidah Osman yang dipecat keahlian UMNO minggu lalu sedang giat mengumpulkan ahli parti untuk berhimpun di Ibu Pejabat UMNO di PWTC

 

Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/

 

Teruskan membaca

Jho Low Selesai Beri Keterangan : SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakamkan kenyataan daripada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin di luar negara, pada Ahad lepas mengenai syarikat itu dan dana politik sebanyak RM2.6 bilion.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata kenyataan itu dirakamkan oleh pegawai SPRM, sambil menambah bahawa beliau belum membaca kenyataan yang dibuat oleh Jho Low dan Suboh.

Beliau, bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai kenyataan tersebut.

Mengenai hasrat SPRM untuk merakamkan kenyataan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu itu, Mohd Shukri berkata SPRM masih menunggu Najib untuk memberi respons terhadap perkara itu.

“Saya berharap perdana menteri akan memberi respons secepat mungkin tetapi semuanya terserah kepada beliau memandangkan beliau agak sibuk pada masa ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam gala Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di ibunegara malam tadi.

Majlis itu dirasmikan oleh Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Pada 12 November lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu,

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/

Proton-Salah Siapa?

Sebagai rujukan, pada 2015 harga sebuah kereta Nasional ( Proton) telah melambung hingga Rm44,000 berbanding Rm 18,500  semasa mula di keluarkan pada tahun 1985. Perbezaan ketara sebanyak Rm25,500 ini terjadi bukan kerana permintaan yang tinggi dari pembeli, sebaliknya kerana harga bahan mentah yang melambung selaras kenaikan harga dunia. Ini antara sebab mengapa jualan Proton merudum dan bukan berkaitan kenaikan cukai kerajaan seperti di dakwa oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir.

Persaingan dari rekabentuk dan spesifikasi yang terbaik dari kenderaan lain menjadi masalah utama Proton. Model pertama Proton – Proton Saga di reka berlandaskan platform Mitsubishi Lancer dari Mitsubishi Motors. Tiada rekaan asli dari Proton yang di keluarkan melainkan meniru konsep kenderaan luar yang mampu di banggakan oleh mantan PM, malah casis serta enjin juga adalah dari syarikat ternama dari luar. Hanya Satria Neo merupakan rekaan asli Proton untuk menggantikan versi asal Proton Wira.

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/