MUHYIDDIN PERCAYA PORTAL PEMBANGKANG.

Dalam etika perperangan, seorang Jeneral tidak sepatutnya mengeluarkan kenyatan yang bakal melemahkan angkatan yang di pimpinnya. Namun begitu, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang di gugurkan dalam rombakan kabinet memilih untuk melemahkan Umno walau mengaku dirinya sebagai ‘Totok Umno’.

Dalam ceramah anjuran Umno Pagoh pada 29 November 2015, Muhyiddin memberitahu bahawa Barisan Nasional kehilangan hampir 70% sokongan kerana Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak enggan mendengar ‘nasihat’nya. Juga mendakwa 78% rakyat tidak berpuas hati dengan ekonomi sekarang, Ahli Parlimen Pagoh sebenarnya menyerang Presiden Umno secara tidak langsung. Beliau mendakwa mendapat angka angka tersebut dari Merdeka Center yang pro kepada parti pembangkang.

Dengan serangan beliau dalam isu 1MDB dan 2.6 billion, Muhyiddin mendakwa ia menjadi antara faktor penolakan terhadap kerajaan dalam kaji selidik oleh Merdeka Center yang beliau jadikan rujukan. Mantan Timbalan Presiden itu pernah di tempelak oleh seorang anggota kabinet apabila mendakwa beliau tidak mendapat penjelasan dan kertas rujukan semasa berada dalam kabinet berkenaan isu yang di bangkitkan oleh pembangkang.

Dalam ceramah itu juga, Muhyiddin cuba mengaitkan penolakan itu dengan Najib sebagai punca utama. Seorang yang mengaku ‘sayang Umno’ tapi dalam masa sama merosakkan imej parti sewajarnya memikirkan kedudukannya yang hanya menjadii liabiliti dalam Umno. Muhyiddin juga di lihat menjadi sekutu Mahathir dalam menyerang Najib dengan pelbagai tuduhan, namun hingga kini tiada dakwaan di buat atas setiap pertuduhan yang di lemparkan.

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/

MAHATHIR MASIH MEMFITNAH-CUKUPLAH TUN.

Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog terbarunya dikitar semula, tidak tepat dan separuh benar yang disensasikan demi mempengaruhi sentimen dan emosi ahli UMNO untuk menentang kepimpinan Perdana Menteri.

Sangat menyedihkan bilamana Tun sanggup menabur fitnah demi menyingkirkan Perdana Menteri dan menubuhkan Council of Elders yang akan mengawal Perdana Menteri boneka beliau.

1. “Satu Malaysia sama dengan Malaysian Malaysia”
a. Ini merupakan tohmahan kitar semula.
b. Gagasan 1Malaysia merupakan suatu usaha untuk mewujudkan perpaduan. Perbezaan paling utama dengan konsep “Malaysian Malaysia” ialah 1Malaysia jelas menerima Perlembagaan Malaysia secara keseluruhannya, terutama semua peruntukan yang terkandung dalam Perkara 153.
c. “Malaysian Malaysia” pada mulanya adalah suatu konsep yang bercanggah dengan Perkara 153 dan kemudiannya bersifat amat kabur. Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan “Malaysian Malaysia,” tentu sekali tidak akan ada Majlis Pemerkasaan Bumiputera, TERAJU dan lain-lain lagi. Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan Malaysian Malaysia, tentulah tidak akan ada Model Baharu Ekonomi (MBE), satu rangka kerja untuk meningkatkan sifat eksklusif dalam ekonomi dan pada masa sama, memperkasakan masyarakat Bumiputera agar mereka menjadi lebih berdaya saing.
d. Mengatakan bahawa Gagasan 1Malaysia adalah sama dengan “Malaysian Malaysia” merupakan suatu putar belit, dengan niat yang tidak lain dan tidak bukan iaitu untuk mengelirukan orang Melayu.

2. “Penjajah dahulu dilantik sebagai penasihat”
a. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan negara di dunia telah mengambil ramai perunding asing yang memberi nasihat kepada Kerajaan dan sektor swasta. Peranan mereka ini tidak lebih daripada memberi pandangan bukannya menjadi penguasa. Hakikatnya Negara ini masih ditadbir oleh orang tempatan, Melayu, Cina, India, Bumiputera Sarawak dan Sabah. Bukan orang luar. Kuasa tetap di tangan kita dan bukannya di tangan orang luar seperti zaman penjajah.
b. PM mempunyai ramai penasihat di kalangan anggota kabinet, Majlis Tertinggi UMNO, pegawai tertinggi kerajaan, NGO, termasuklah rakyat Malaysia yang beliau sering lawati. Apalah sangat sumbangan “perunding luar” ini berbanding orang-orang tempatan yang begitu ramai yang sentiasa menasihati pentadbiran hari ini? Mengapa Tun menggunakan perumpamaan “penjajah” yang langsung tidak sama dengan keadaan sebenar? Beliau hanya ingin memburukkan PM dan menimbulkan kerisauan tentang kedaulatan negara dengan tak semena-mena.

Baca Seterusnya : http://www.bicara.news/