Nurul Minta Jacel Kempen Lepaskan Ayahnya?

Jacel Kiram lll menaikmuat 4 keping gambar bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dalam pertemuan mereka di Manila minggu lepas telah banyak melukakan hati rakyat Malaysia khususnya Sabah dan waris Perwira Negara yang terkorban semasa pencerobohan Lahad Datu pada 2013.

Walau Izzah menafikan mengenali Jacel Kiram lll yang merupakan anak kepada ketua pengganas Sulu Jamalul Kiram lll, foto menunjukkan beliau turut mengajak Jacel turut serta dalam kempen mendesak kerajaan Malaysia membebaskan Anwar dari penjara. Siapa yang buat poster tersebut sebenarnya?

Di sifatkan sebagai “penderhakaan kepada negara” oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, manakala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Azalina Othman Said pula berkata kerajaan akan mengheret Izzah ke JawatanKuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen.

Namun begitu, Naib Presiden PKR itu cuba mengalihkan perhatian rakyat apabila tiba-tiba tampil memfailkan saman terhadap Ismail Sabri serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana Izzah mendakwa telah di fitnah berikutan tersebarnya foto beliau bersama Jacel.

Baca Seterusnya Klik :  http://www.bicara.news/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s