Keputusan Kajian Peranti, Perisa Vape Akan Diumum

LARUT – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata keputusan mengenai kajian terhadap penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik atau vape akan diumumkan tidak lama lagi.

Beliau berkata ini kerana sekiranya mahu vape dibenarkan dijual di pasaran, ia perlu memenuhi prosedur dan kriteria yang akan ditetapkan.

Katanya, ketika ini Malaysia tidak mempunyai standard yang boleh diguna pakai terhdap penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik.

“Penggunaan peranti dan perisa cecair rokok elektronik itu mesti menepati standard yang telah diguna pakai oleh pihak antarabangsa.

Baca Seterusnya Klik :  http://www.bicara.news/

Nurul Minta Jacel Kempen Lepaskan Ayahnya?

Jacel Kiram lll menaikmuat 4 keping gambar bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dalam pertemuan mereka di Manila minggu lepas telah banyak melukakan hati rakyat Malaysia khususnya Sabah dan waris Perwira Negara yang terkorban semasa pencerobohan Lahad Datu pada 2013.

Walau Izzah menafikan mengenali Jacel Kiram lll yang merupakan anak kepada ketua pengganas Sulu Jamalul Kiram lll, foto menunjukkan beliau turut mengajak Jacel turut serta dalam kempen mendesak kerajaan Malaysia membebaskan Anwar dari penjara. Siapa yang buat poster tersebut sebenarnya?

Di sifatkan sebagai “penderhakaan kepada negara” oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, manakala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Azalina Othman Said pula berkata kerajaan akan mengheret Izzah ke JawatanKuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen.

Namun begitu, Naib Presiden PKR itu cuba mengalihkan perhatian rakyat apabila tiba-tiba tampil memfailkan saman terhadap Ismail Sabri serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana Izzah mendakwa telah di fitnah berikutan tersebarnya foto beliau bersama Jacel.

Baca Seterusnya Klik :  http://www.bicara.news/

Hamidah Cuba Salahkan Mahathir?

Mantan Ketua Wanita Gopeng Datuk Hamidah Osman yang di pecat oleh Majlis Tertinggi Umno pada 24 November 2015 merupakan calon yang kalah dalam Pru13 2013 di kerusi N43 Sg Rapat. Beliau mengalami kekalahan kepada calon Pas Radzi Zainon dengan majoriti 2638.

Berbanding dengan keputusan Pru12 2008, Hamidah yang hanya memperolehi majoriti sebanyak 636 undi sahaja ketika berdepan dengan calon yang sama dari Pas.

Prestasi merudum yang di tunjukkan oleh Hamidah menunjukkan beliau tidak di terima oleh akar umbi Umno Sg Rapat. Mengikut sumber yang di percayai, sikap sombong dan mengamalkan kronisme menjadi punca beliau di tolak dalam Pru13.

Kekalahan beliau juga antara faktor penyumbang kekalahan calon BN di P 071 Gopeng yang di menangi oleh Dap.

Baca Seterusnya Klik :   http://www.bicara.news/