Sudah Sampai Masa Malaysiakini Diharamkan

Seakan tidak serik, Malaysiakini tanpa rasa bersalah telah memutar belit petikan ucapan Ahli Majlis Tertingi (MT) Dato Aziz Kaprawi dalam satu perjumpaan 4 Peringkat Bahagian UMNO Bayan Baru Pulau Pinang. Dalam ucapannya beliau menyebut “tindakan timbalan presiden parti dilihat tidak seiring dengan pucuk pimpinan dan ini sangat membimbangkan, kita tidak mahu ada duri dalam daging”.

Malaysiakini dalam entri pada 23 November 2015 menyatakan Aziz mengakui wujud usaha menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Persidangan Agung Umno yang di jangka akan berlangsung pada 8 November 2015. Namun demikian kenyataan itu di sangkal oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

Baca setrusnya di : http://www.bicara.news/

 

 

malaysiakini

Dalam satu ‘status’ Facebook Aziz menafikan sekeras kerasnya dakwaan Malaysiakini dan meminta portal pembangkang itu membetulkan semula kenyataan beliau. Beliau menyifatkan tindakan Malaysiakini memutarbelit kenyataan beliau sebagai jijik dan hanya mahu memecahbelahkan UMNO menjelang PAU 2015.

Bukan sahaja pemimpin Umno di fitnah, malah pemimpin dunia juga tidak terlepas dari penipuan Malaysiakini. Terbaru kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama berkenaan akses ubat generik murah yang di lindungi oleh TPPA telah di putar belit. Malaysiakini menyatakan Obama setuju harga ubat yang di patenkan akan naik dengan perlaksanaan TPPA. Bagaimanapun Editor Malaysiakini menyedari kesilapan laporan tersebut dan menyatakan kesalan dalam ruang ralat portal itu.

Walau pernah diberi amaran berulang kali namun Malaysiakini tetap berdegil dan terus menabur fitah tidak berasas.

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia ( SKMM ) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN ) perlu memandang serius kegilaan portal yang membangkitkan keresahan serta kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Tunggulah dalam masa terdekat, malaysiakini bakal menyerang Perdana Menteri dan tidak akan teragak menuduhnya sebagai pembunuh?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s