Mahathir Pertikai Mesyuarat Agung UMNO?

Tun Mahathir didalam entrinya yang di petik dari sebuah portal pembangkang mempersoalkan perhimpunan agung UMNO akan datang sekiranya ahli parti tidak dimaklumkan mengenai perkembangan terkini.

Agak pelik juga jika Tun memaksudkan dirinya ( sebagai Ahli UMNO ) tidak mendapat maklumat, Atau ada ahli-ahli yang tidak mendapat maklumat sedangkan setiap hari media harus perdana menyiarkan apa sahaja aktiviti dan juga kegiatan yang melibatkan UMNO.

Jika Tun tidak menonton siaran media tv atau mendengar berita radio itu bukan salah UMNO atau jika Tun berharap agar Setiausaha Agung UMNO merafak sembah untuk memaklumkan isu-isu terkini juga merupakan satu kesilapan jika Tun berharap, Kerana itu bukan budaya UMNO.

Berita Penuh Klik – http://www.bicara.news/

Najib-Mahathir-Kelab-Chedet-FB-L-600x360

Di Zaman Tun juga tidak pernah Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu menyerahkan laporan aktiviti harian kepada bekas Perdana Menteri yang masih hidup ketika itu ia ini Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Persoalan berhubung kononnya ada uasaha untuk membangkitkan soal 1MDB dan wang sebanyak RM2.6 billion yang disalurkan ke akaun peribadi (Perdana Menteri) Dato’ Seri Najib juga sebenarnya megambarkan isi hati Tun terhadap ketelusan Najib Tun Razak.

Ketika di zaman Tun Mahathir sendiri pernah mengungkapkan bahawa ‘Selagi tidak di dapati bersalah oleh mana-mana makamah, Sesaorang itu belum lagi bersalah’, Jadi soal berbangkitnya isu 1MDB dan isu 2.6 billion biarlah makamah yang berbicara.

Tun berkata persidangan pula akan tertutup kepada orang ramai. Tidak semua dari ucapan perwakilan akan disiar. Hanya ucapan presiden sahaja akan disiar.

Soal tertutup atau terbuka itu juga terpulang kepada UMNO untuk menentukan perhimpunan mereka, Jika dahulu ada juga parti politik yang pernah membuat pehimpunan Agung mereka secara tertutup dan ada pula seketikanya parti politik yang lain terpaksa membuat rayuan agar pihak media membuat liputan perhimpunan mereka, Biarlah jawatankuasa Penyelaras Perhimpunan Agung UMNO yang menentukan arah kerja mereka, Tun bukannya Ahli jawatankuasa.

Tun juga mempertikaikan tradisi yang tidak lagi menjadi tradisi UMNO kerana Timbalan Presiden UMNO tidak lagi akan merasmikan persidangan sayap. “Apakah jenis Mesyuarat Agong Umno ini?” soal Tun.

Tradisi tetaplah tradisi tetapi bukannya termaktup didalam perlembagaan UMNO, UMNO perlu melakukan perubahan, Mengapa Tun tidak menyoal dan mempertikaikan ketika Dato’ Seri Najib menghapuskan ‘tradisi’ sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO, yang di perkenalkan oleh Tun pada tahun 1988 dan diguna pakai selama Tun memerintah.

Jika Tun terlupa marilah kita ingatkan bahawa sebelum ini, calon yang ingin bertanding jawatan presiden perlu mendapat 30 peratus pencalonan daripada 191 bahagian, timbalan presiden (20 peratus), naib presiden (10 peratus) dan kerusi Majlis Tertinggi (5 peratus).

Mengapa Tun tidak mengatakan ketika itu bahawa Najib dan UMNO sedang melakukan kerja mengarut kerana menghapuskan semua sistem yang mengarut ciptaan Tun ini pada tahun 2009, Najib dengan beraninya menyatakan bahawa jawatan Presiden UMNO serta lain-lain jawatan lebih terbuka untuk ditandingi.

Berbeza dengan zaman Tun Mahathir yang mereka cipta satu peraturan agar ahli parti tidak boleh menandinginya walau pun kononnya pertandingan adalah terbuka kepada semua ahli UMNO tetapi dengan sistem kuota yang di cipta melihatkan Tun sendiri takut berdepan dengan kebangkitan ahli UMNO ketika itu, Jadi boleh lah disoal semula kepada Tun “Apakah jenis Mesyuarat Agong Umno ini?”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s