Mahathir Pertikai Mesyuarat Agung UMNO?

Tun Mahathir didalam entrinya yang di petik dari sebuah portal pembangkang mempersoalkan perhimpunan agung UMNO akan datang sekiranya ahli parti tidak dimaklumkan mengenai perkembangan terkini.

Agak pelik juga jika Tun memaksudkan dirinya ( sebagai Ahli UMNO ) tidak mendapat maklumat, Atau ada ahli-ahli yang tidak mendapat maklumat sedangkan setiap hari media harus perdana menyiarkan apa sahaja aktiviti dan juga kegiatan yang melibatkan UMNO.

Jika Tun tidak menonton siaran media tv atau mendengar berita radio itu bukan salah UMNO atau jika Tun berharap agar Setiausaha Agung UMNO merafak sembah untuk memaklumkan isu-isu terkini juga merupakan satu kesilapan jika Tun berharap, Kerana itu bukan budaya UMNO.

Berita Penuh Klik – http://www.bicara.news/

Teruskan membaca

Sudah Sampai Masa Malaysiakini Diharamkan

Seakan tidak serik, Malaysiakini tanpa rasa bersalah telah memutar belit petikan ucapan Ahli Majlis Tertingi (MT) Dato Aziz Kaprawi dalam satu perjumpaan 4 Peringkat Bahagian UMNO Bayan Baru Pulau Pinang. Dalam ucapannya beliau menyebut “tindakan timbalan presiden parti dilihat tidak seiring dengan pucuk pimpinan dan ini sangat membimbangkan, kita tidak mahu ada duri dalam daging”.

Malaysiakini dalam entri pada 23 November 2015 menyatakan Aziz mengakui wujud usaha menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Persidangan Agung Umno yang di jangka akan berlangsung pada 8 November 2015. Namun demikian kenyataan itu di sangkal oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

Baca setrusnya di : http://www.bicara.news/

 

 

Teruskan membaca