Izzah Tiada Perasaan Simpati Kepada Keluarga Mangsa Sulu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam memaklumkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah akan di panggil untuk di siasat berikutan tersebarnya 4 keping foto beliau bersama Jacel Kiram lll di media sosial.

Menurut IGP lagi, Izzah boleh di siasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Langkah Khas ) 2012 ( SOSMA ). Mengulas tentang kenyataan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Zahid Hamidi yang mengingatkan mana mana pemimpin parti politik agar menjaga sensitiviti dalam menghadapi isu Kedaulatan dan Keselamatan Negara, Khalid berkata Nurul akan di panggil secepat mungkin untuk di ambil keterangan

.http://www.bicara.news/nurul-izzah-tidak-peduli-perasaan-ahli-keluarga-syuhada-lahad-datu-anwar-lagi-penting/

Siasatan segera sewajarnya di buat kerana bukti pertemuan melalui foto foto terbabit menimbulkan keresahan buat rakyat Sabah yang masih trauma dengan pencerobohan pada 1 Mac 2013 di mana seramai 12 anggota keselamatan telah terkorban ketika bertempur dengan pengganas Sulu.

Nurul Izzah telah menggemparkan negara apabila bertemu dan ber’selfie’ bersama waris Jamalul Kiram lll yang telah mengarahkan pencerobohan ke atas daerah Lahad Datu dalam usaha merampas sebahagian daripada wilayah Sabah untuk di jadikan sebahgian dari hak milik Kesultanan Sulu.

Mungkin Nurul Izzah terlupa bahawa pendirian keturunan Kiram ini tidak berganjak terhadap tuntutan gila mereka. Jacel Kiram lll pernah mengatakan bahawa mereka tidak akan putus asa dalam usaha menuntut Sabah dari Malaysia.

Bagaimanapun setelah berdepan dengan kritikan dan kecaman daripada pelbagai pihak, Nurul Izzah akhirnya memohon maaf kepada rakyat Malaysi. Cukupkah dengan minta maaf itu?

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa pihak polis akan mengambil keterangan dari Nurul Izzah di dalam masa yang terdekat.

” Apa yang penting sekarang adalah perasaan keluarga pahlawan negara yang gugur atas tindakan Jamalul Kiram,” ujar Zahid.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s