Dalang Pertemuan Nurul-Jacel Kiram: Tian Chua Perlu Jawab Di Balai Polis Dan Mahkamah – Zahid

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua supaya memberi penjelasan dan keterangan kepada polis dan mahkamah berhubung dakwaan menjadi dalang mengatur pertemuan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H.Kiram.

Timbalan Perdana Menteri berkata Tian Chua tidak perlu menafikan pembabitannya dalam pertemuan Nurul Izzah dengan anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013, melalui media. Teruskan membaca

Izzah Tiada Perasaan Simpati Kepada Keluarga Mangsa Sulu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam memaklumkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah akan di panggil untuk di siasat berikutan tersebarnya 4 keping foto beliau bersama Jacel Kiram lll di media sosial.

Menurut IGP lagi, Izzah boleh di siasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Langkah Khas ) 2012 ( SOSMA ). Mengulas tentang kenyataan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Zahid Hamidi yang mengingatkan mana mana pemimpin parti politik agar menjaga sensitiviti dalam menghadapi isu Kedaulatan dan Keselamatan Negara, Khalid berkata Nurul akan di panggil secepat mungkin untuk di ambil keterangan

.http://www.bicara.news/nurul-izzah-tidak-peduli-perasaan-ahli-keluarga-syuhada-lahad-datu-anwar-lagi-penting/ Teruskan membaca

Hapus Etnik Secara Rahsia – Pembangkang Melampau.

Antara idaman pembangkang bila mendapat kuasa memerintah Negara adalah menghapuskan hak Bumiputera.

Tidak akan peduli status Bumiputera atau tidak, pembangkang sememangnya merancang menghapuskan ruangan ‘Bangsa’ dalam kolum pengenalan diri untuk sebarang borang permohonan yang di ajukan.

Berita selanjutnya :

Borang Kerajaan: Maklumat Identiti Bangsa Masih Diperlukan http://www.bicara.news/borang-kerajaan-maklumat-identiti-bangsa-masih-diperlukan/

Nurul Izzah-Jacel Kiram: PDRM Anggap pertemuan Dua Ahli Politik?

Pertemuan Nurul Izzah dan Jacel Kiram lll di Manila seakan memberi isyarat bahawa ada kemungkinan satu lagi cubaan pencerobohan akan terjadi. Lokasi pencerobohan mungkin di tetapkan dalam pertemuan tersebut.

Masih ingat lagi nama mereka ini

1 Mac 2013 – Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69

1 Mac 2013 – Sarjan Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69

2 Mac 2013 – Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.

2 Mac 2013 – ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

2 Mac 2013 – Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 – Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 – Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

2 Mac 2013 – Koperal Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

12 Mac 2013 – Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.

Mereka ini adalah antara Pahlawan Negara yang terkorban dalam pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu yang di ketuai oleh bapa Jacel Kiram lll.

Alasan pertemuan antara 2 tokoh politik tidak dapat diterima dengan mudah. Jacel Kiram tidak pernah terlibat dalam mana mana parti politik di Filipina melainkan hanya sebagai anggota pemisah Sulu, yang menuntut kedaulatan Sabah dari kerajaan Malaysia.

Izzah di kenali sebagai ahli politik yang hanya menagih simpati dari rakyat untuk membebaskan Anwar, yang di penjarakan selama 5 tahun atas salah laku seks. Pernah memfitnah lawannya dari Barisan Nasional dalam kempem namun meminta maaf selepas memenangi pilihanraya.

Sementara itu Jacel pula tiada asas dalam mana mana perti politik yang memerintah Filipina. Di manakah asas mengatakan Jacel Kiram sebagai ahli politik.

Pihak berkuasa kedua dua negara harus memandang pertemuan mereka mempunyai helah tertentu. Polis Di Raja Malaysia ( PDRM ) perlu menyiasat motif sebenar di balik segala ini. Akta POTA yang telah di luluskan dalam Parlimen adalah yang terbaik untuk mengekang sebarang kemungkinan subversif yang di rancang.

 

Mahathir Sanggup Melutut Demi Kuasa.

mahathir melututFoto menunjukkan  Mahathir melutut untuk merasmikan pelancaran buku tulisan Dato Zaid Ibrahim bertajuk ‘Assalamualaikum – Observations On The Islamisation Of Malaysia’.

Kini bekas PM itu sangat terdesak mencari pengaruh tanpa peduli apa juga sejarah mereka dulu. “Zaid kena ingat siapa kayakan dia” antara ayat Mahathir satu ketika dulu.

Seperti mengiyakan bahawa sememangnya Mahathir mengamalkan kronisme di zaman beliau memerintah dulu, kini apa juga bentuk kerjasama untuk menjatuhkan Perdana Menteri akan di lakukan oleh bekas PM.

Dengan pelbagai tuduhan yang di lemparkan terhadap Perdana Menteri tanpa bukti, kini Mahathir di lihat sendirian. Walau beliau kelihatan gembira dengan pembebasan Khairuddin dan Mathias baru baru ini, tiada satu pun tuduhan ke atas Najib yang di bawa ke muka pengadilan.

Jaminan SPRM untuk menyiasat segala persoalan dalam isu 2.6B, 1MDB seakan tidak di terima oleh penyokong mantan PM tersebut. Walau ada sessi penjelasan tentang semua isu baru baru ini, Mahathir enggan menghadiri dengan memberi alasan yang kuang logik.

Sehingga bila serangan ini akan berterusan di sebalik ketenangan yang di tunjukkan oleh Najib apabila di serang dari segenap penjuru.

Hanya Mohon Maaf : Izzah Tidak Di Siasat.

Hanya dengan memohon maaf Nurul Izzah tidak akan di siasat oleh PDRM? Foto yang mencurigakan itu tersebar luas di media sosial dan mendatangjan jeresahan kepada rakyat Malaysia khususnya Sabah.

Insiden Tanduo masih segar dalam ingatan mereka yang terlibat lebih lagi waris waris Perwira Negara yang terkorban.

Berita penuh klik di bawah :

 

http://www.bicara.news/tidak-perlu-siasat-nurul-izzah-sudah-minta-maaf/