Bajet 2016 Lulus, Siapa Bantu Senyap Senyap?

Pengundian bajet 2016 hari ini telah diluluskan di Parlimen dengan kiraan 128/221.

Pecahan undian adalah seperti berikut :
127 BN – menyokong
1 Bebas – menyokong
74 Pakatan Harapan – menolak

Dari pecahan tersebut menunjukkan pembangkang masih mempunyai masalah intergriti dalam kerjasama mereka yang di kenali Pakatan Harapan.
Pas pula menunjukkan perkembangan positif dengan mengambil sikap berkecuali dalam meluluskan usul bajet.

Berita ini semestinya menjadi buah mulut di kalangan pembangkang sendiri kerana ianya menunjukkan bahawa Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak di yakini untuk terus memimpin negara.

Walau dengan pelbagai serangan oleh media pembangkang serta di bantu oleh mantan PM, Najib masih menunjukkan prestasi yang memberangsangkan untuk pembentangan bajet 2016.

Apa yang pasti kehadiran wakil tajaan Dap, PAN hanyalah minoriti dalam apa juga undian. Sekadar pelengkap undi PAN bakal menerima padah dalam pilihanraya bilamana ahli Pas tidak akan lagi menyokong mereka.

PKR pula kini bergelut dengan isu pembahagian kuasa di Selangor yang menyaksikan kekuatan yang seimbang dari Pas. Andai Pas menarik sokongan mereka kepada PH maka kerajaan PKR Selangor akan tumbang dengan mudah walau di sokong Dap.

Dap pula di lihat hanya mahu menjatuhkan Najib demi menguasai Putrajaya. Hanya mengharapkan PAN sebagai senjata baru, Dap terlebih yakin dengan sokongan yang kononnya datang dari bekas ahli Pas.

Selepas usul bajet di luluskan, maka segala percaturan PH dan Mahathir sudah kelam. Usul undi tidak percaya pula di katakan bakal di tarik balik di Parlimen.

Barisan Nasional akan terus berkuasa hingga 2018 dan ini adalah hakikat yang perlu di terima semua. Ternyata Barisan Nasional masih utuh di hati rakyat Malaysia.