Penggiat Maya Di Ingatkan Jangan Berlagak Melampau.

Menjadi amalan setiap wartawan menghasilkan berita yang sahih serta berbukti untuk tatapan pembaca. Tindakan “bodoh” segelintir wartawan dari Malaysiakini yang menyiarkan berita yang tidak sahih sememangnya mengundang penguatkuasaan yang tegas. Mereka bukan berada di atas undang undang walau bergelar wartawan. Malaysiakini di kenali sebagai sebuah portal yang kerap kali mengeluarkan berita yang di ragui kesahihahnnya.

Serbuan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah terhadap pejabat Malaysiakini adalah berikutan artikel yang telah di keluarkan membabitkan berita Pemindahan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Shazalee dari Bahagian Operasi Khas SPRM. Berita itu bagaimanapun di nafikan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Sering kali portal pembangkang akan mengeluarkan sensasi demi mengejar rating dalam menyampaikan berita. Etika kewartawanan seperti tiada dalam istilah portal portal pembangkang dan ini sesuatu yang amat menjatuhkan intergiri wartawan sendiri. Apabila menyedari kesilapan keshihan maklumat, akan timbul pula spekulasi dari mereka bahawa berita mereka di putar belit oleh media lain.

Sampai bila portal pembangkang akan bermain persepsi dan membuat fitnah kepada kerajaan. Mungkin kerajaan perlu menetapkan garis panduan untuk portal maya patuhi sebelum menaikmuat sesuatu kandungan berita. Walau wartawan berhak menyampaikan berita serta melindungi sumber mereka, itu tidak bermakna boleh melaporkan berita sesuka hati dan menyebarkan mengikut citarasa sendiri.