Belanjawan Selangor Mengarut

Peningkatan defisit belanjawan Selangor menunjukkan peningkatan ketara dibawah Azmin Ali. Dengan perbezaan dari bajet 2015 dan bajet 2016 sebanyak  Rm0.46billion bajet ini hanya mengakui peningkatan keperluan mentadbir negeri. Defisit 2016 sebanyak Rm630juta berbanding Rm450juta pada 2015 menunjukkan jurang yang besar.Belanjawan Selangor pada 2015 hanyalah sebanyak Rm2.42billion berbanding 2016 sebanyak Rm2.88billion.

Sebanyak Rm1.4billion di peruntukkan untuk mentadbir Negeri manakala selebihnya untuk pembangunan,Azmin di lihat seperti sengaja menggunakan alasan kenaikan harga semasa dalam negara.Apa yang rakyat Selangor akan terima dari bajet ini.

Pembangunan Selangor agak perlahan di bawah Pkr berbanding semasa di tadbir Barisan Nasional. Dengan kemelut politik yang melanda kerajaan Selangor,Azmin di lihat banyak menghabiskan peruntukan untuk kepentingan survival politik Pakatan Rakyat.

Isu perpecahan dalaman yang melanda kerjaan Selangor juga merencatkan pembangunan serta pentabiran Azmin. Penafian yang di lakukan oleh Azmin banyak memakan diri apabila tembelang sebenar di bongkar.

Sebanyak 15000 unit rumah dalam tempoh 3tahun adalah sesuatu yang sukar di capai. Turut di khuatiri pembinaan rumah tersebut hanya menumpukan golongan berpendapatan tinggi.Malahan khidmat syarikat swasta dalam membina rumah juga di pertikaikan.Golongan sederhana dan rendah pastinya tidak akan mampu memiliki hartanah tersebut di bawah belanjawan “smart selangor” itu.

Adun Batang Kali Mat Nadzari Ahmad Dahlan menyifatkan belanjawan itu sebagai belanjawan lolipop,manakala Adun Permatang Dato Sulaiman Razak pula mempertikaikan kekarutan belanjawan Azmin. Adun Dengkil Shahrom Sharif pula menempelak tindakan Azmin yang mendakwa belanjawan 2016 sebagai belanjawan berimbang. tambah beliau adalah lebih baik Azmin membawa belanjawan yang pernah dibentang oleh mantan Menteri Besar yang lebih mementingkan kesejahteraan rakyat.

Ternyata Azmin masih belum mampu menandingi belanjawan yang pernah di bentang oleh Barisan Nasional sebelum ini. Skandal DEIG jelas menunjukkan ketidakmampuan Azmin dalam mentadbir urusan negeri. Malahan Azmin serta wakil dari Pakatan Rakyat hanya menuding setiap kos kepada Kerajaan Pusat, tapi lupa bahawa beliau sendiri lemah menguruskan kewangan negeri.

Boleh di katakan belanjawan Selangor 2016 lebih merupakan belanjawan mengarut tanpa mengetengahkan kebajikan rakyat selangor sendiri. Kebajikan kelas sederhana dan rendah tidak di titikberatkan dalam pembentangan kali ini. Menifesto yang telah di janjikan kepada rakyat Selangor kini hanya di atas kertas.

Rakyat Selangor kini sudah boleh berkira kira untuk menukar kerajaan Pakatan yang tidak lagi relevan dalam menjaga kebajikan serta rezab Selangor.

2017 Tahun Melawat Pahang, Pesona Pahang Bakal Memikat Pelancong-Sharkar Shamsudin.

Temerloh

8November 2015

Exco Pelancongan Negeri Pahang, Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin menyatakan Tahun Melawat Pahang 2017 akan di beri promosi besar besaran mulai tahun hadapan. Ianya akan berlangsung sepanjang tahun 2016.

Menurut beliau Pahang di kenali seluruh dunia hasil promosi berterusan kerajaan negeri. Malah Sharkar juga menyatakan pelancong yang pernah menjejakkan kaki di Pahang pastinya akan kembali untuk menikmati suasana tenang di Pahang.

Dengan hasil dari sektor tersebut yang bernilai lebih Rm6.5billion setahun, Pahang antara negeri yang menerima ramai pelancong. Walau memfokuskan kepada pelancong domestik, pelancong dari luar negara tidak di lupakan menurut Sharkar lagi.

Dengan kepelbagaian tarikan pelancongan, Pahang bakal menarik pelancong dari Singapura,China serta Eropah. Antara tarikan menarik dalam Pahang,Genting Highland menduduki ranking tertinggi dari jumlah kehadiran pelancong. Ekosistem yang masih terpelihara dalam negeri Pahang juga merupakan tarikan yang terbaik buat pelancong dari Eropah.

Mengulas tentang mengekalkan alam semulajadi, Sharkar juga menyatakan adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk mengekalkan ia sebaik mungkin. Setiap pembangunan yang bakal di buat akan di minimunkan impak kepada alam sekitar.

Pahang juga tidak kurang dengan budaya serta juadah yang menarik untuk di perkenalkan kepada pelancong samada dalam atau luar negeri. Kemudahan serta khidmat dalam sektor pelancongan turut di pertingkatkan dari masa ke semasa.

Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin image

image

berkata demikian semasa di temui di majlis penyampaian hadiah pertandingan Bowling yang di anjurkan oleh Persatuan Bowling Daerah Temerloh bertempat di Star Mall Mentakab.

Ketika di tanya mengenai isu vape, Sharkar berkata ianya bukanlah isu besar yang perlu di gembar gemburkan oleh media sosial. Mengulas isu tersebut, Sharkar meminta semua pihak mengikut keputusan yang di keluarkan oleh kabinet.