Rani Kulup Kejar Glamor

Kuala Lumpur
9 November
2015

Berikutan dengan kenyataan Rani Kulup dari Pertubuhan Martabat Jalianan Muhibbah Malaysia serta Ikhlas dalam isu vape, timbul persoalan siapa sebenarnya di belakang semua itu.Adakah Rani Kulup di pujuk mencari sertameletakkan kesalahan kepada kerajaan semata mata atau ada tangan ghaib di sebalik amaran angkuh tersebut.

Dengan nada angkuh Rani Kulup dan Ikhlas mendakwa bahawa Barisan Nasional bakal kehilangan sejuta undian dari anak muda yang kecewa dengan tindakan merampas perisa serta ‘mod’ vape dalam siri serbuan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tindakan itu mencalarkan hati anak muda yang menjadi pengusaha vape, yang rata ratanya dari kalangan Melayu menurut Rani Kulup. Malah beliau turut mendakwa pengundi muda pastinya akan tidak menyokong kerajaan di dalam pilihanraya kelak.

Timbul persoalan apakah Rani Kulup membuat rumusan sendiri berdasarkan popularitinya. Atau beliau berselindung dan cuba menjadi jagoan serta mencari kemahsyuran untuk dirinya.

image

Dalam isu vape ini, kesalahan adalah dari pihak pengilang dan penjual ‘mod’ serta pembuatan perisa yang di khuatiri tidak menepati standard. Jika berlaku satu kemalangan di atas kecuaian pengguna, maka pihak yang melariskan jualan tidak akan berkompromi.

Rani Kulup dan Ikhlas juga perlu diingatkan jangan hanya kerana mengejar glamour, mereka membelakangkan undang undang. Pihak berkuasa perlu menjalankan tugas yang di beri dengan kuasa yang ada. Sepatutnya Rani Kulup dan Ikhlas lebih maklum hal ini serta menghormati undang undang.

Mungkin perniagaan vape ini boleh di jadikan produk yang berlesen di masa depan demi membuka peluang perniagaan kepada anak muda. Antara cadangan yang boleh di ambil kira adalah seperti berikut:

1 – mencapai standard piawaian mod untuk jualan dari SIRIM dan spesifikasi yang di tentukan akan menjadi garis panduan untuk semua pengilang,penjual,pembuat mod vape.

2 – mendapatkan lesen serta pengesahan kandungan nikotin dari Kementerian Kesihatan Malaysia serta pengesaha bebas racun dari jabatan yang berkaitan.

3 – mendapat pengesahan dan lesen sah pembuatan perisa vape dari JAKIM.

4 – mendapat lesen sah penjualan mod serta perisa vape dari KPDNKK.

5 – mendapat kelulusan serta lesen dari pihak berkuasa tempatan berkenaan spesifikasi lokasi penjualan mod serta perisa vape.

Berkenaan dakwaan Rani Kulup bahawa Barisan Nasional bakal kehilangan undi dari penjual vape yang rata ratanya dari kalangan anak muda, ia nya sama sekali tidak logik.  Dari mana data yang beliau perolehi untuk di jadikan rujukan undian, malah sokongan dari anak muda juga belum tentu boleh di terjemah dalam bentuk undi selagi mereka tidak berdaftar sebagai pengundi sah.

Walau KKM telah mencadangkan vape atau E-rokok di haramkan,cadangan itu gagal. Oleh demikian KKM melihat peruntukan undang undang sedia ada untuk mengawal kegilaan kepada vape ini. Tuduhan terhadap KKM yang menyatakan terdapat tangan ghaib di balik tindakan baru baru ini amat di kesali.

Ketua Pengarah Kesihatan pula mengambil langkah proaktif dengan mencari dan membincangkan langkah lanjutan untuk mengawal penyalahgunaan nikotin dalam perisa vape.

Apa yang Rani Kulup tidak tahu, perisa vape kebanyakannya mempunyai kandungan nikotin dan ini sebenarnya membunuh anak muda secara perlahan lahan. Mencari kesalahan serta menuding memang senang jika tiada pengetahuan mendalam tentang sesuatu isu dan itu yang Rani Kulup kejar.

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana ( Ikhlas) pula bertindak secara tidak waras dengan amaran yang mereka keluarkan. Mereka tidak sedar bahawa selama ini kerajaan banyak membantu peniaga peniaga kecil dengan pelbagai skim yang di tawarkan. Ikhlas juga tidak mengkaji implikasi terhadap kesihatan hanya kerana mahu menjadi jaguh dan mengambil kesempatan dalam isu vape.

Biarlah pihak yang bertanggungjawap menjalankan tugasan mereka dan mencari alternatif terbaik. Kedua dua pihak samada Rani Kulup atau Ikhlas tidak perlu mencampuri urusan itu dan mengeluarkan segala karut marut berkaitan pengundi.